Saturday, December 11, 2010

Friday, December 3, 2010

melihat.........

Satu hari yang penuh dengan rasa dukacita..........kepenatan dan rasa diri ini dirobek dengan rasa benci oleh orang yang dikenali....aku melihat kembali dan menghitung semuanya. Mencari silap langkah, tutur kata yang mungkin menghiris rasa dan aku berkira-kira....namun tiada yang aku jumpa. Mana yang yang silap?...nyata nya...aku tidak ada silapnya...aku simpulkan..ini semua kerana hasad dan iri hati......penyakit hati.

  aku menyerahkan segalanya perhitungan ini kepada yang maha ESA. Apa pun keputusan...aku hanya mencari keredhaan ALLAH. Manusia ini ....rambutnya sama hitam...hatinya penuh kebencian dan hasad. Mungkin kerana apa yang dia ada membuatkan dia lupa diri dan begitu bangga hingga menganggap apa saja bisa di beli dengan wang. Terlalu angkuh hingga terlupa bumi yang dipijak milik ALLAH.....atau kerana hitam hati nya sanggup lakukan apa aja asal apa yang di mahu bisa dapat.........terlalu mendongak agaknya....

Apa pun.....aku pasti mendoakan untuk nya agar Allah memberikan kesedaran...keinsafan...semoga satu hari nanti...di bibirnya bisa mengucapkan rasa syukur atas apa yang Allah kurniakan ....bukan nya rasa ego dan bangga diri sehingga alpa hidupnya sebagai seorang hamba..........

Wednesday, November 10, 2010

Sunday, September 26, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Sunday, September 5, 2010

Saturday, August 14, 2010

azimmmmm

Sunday, July 25, 2010

sentuhan rasa: "king"

Tahun sudah, dalam percutian di kelantan...sempat jumpa kawan sama belajar di U. Kawan ni ada 2 orang isteri..lalu secara berjenaka aku bertanya ilmu apa yang dipakai untuk beristeri 2. Kawan ni tersenyum...dalam loghat kelantan dia bersuara...lelaki kena jadi "KING"...dan bila jadi king...kita berkuasa...macam king. So kalau nak beristeri dua...itu lelaki punya decision.....aku tanya lagi..macamana nak jadi "KING"...dia jawab..kena berkuasa la...macam king....aku cuma tersenyum dengan jawapan nya.......
   Hari ini...aku mendapat sms dari kawan di kelantan.....kawan "KING" aku ni...sudah kembali kerahmatu Allah...al fatihah...arwah meninggalkan 7 orang anak dan 3 orang isteri........kerana barah otak. Aku terkejut dan terus mengingatkan apa yang dikatakan oleh sahabat ni untuk menjadi KING. Bila aku fikirkan...ada benar lelaki ini adalah KING untuk isterinya....ada hadith dari Rasullullah...sekiranya manusia ini boleh disembah...pasti akan ku suruh isteri2 menyembah suaminya...begitu lebih kurang maksudnya. Syurga isteri di telapak kaki suami...syurga suami di telapak kaki ibunya...akhir nya...."wanita" juga yang di "KING" kan. Itulah keadilan ALLAH...cuma nafsu manusia yang membezakan keadilan ALLAH....walALLAh hu alam.
   Apa pun...sahabat aku ini sudah kesampaian titik hidup nya di dunia...semoga KING ini berada bersama para solehin...ditempatkan disyurga dan terlepas seksaan alam kubur...amin ya ALLAH......kita? tidak ketahui lagi.......
   Cuma yang nyata...KING hati ku sudah tentu.....si kecil yang nakal mencuit hati..kadang2 pening kepala aku untuk melayan kerenahnya...lelah dibuatnya...namun itu satu kemanisan untuk aku........

 

Monday, June 7, 2010

sentuhan rasa: teringat...dalam doa

Sambil menarik asap rokok....fikiran aku teringat pada seorang yang hebat dalam hidup aku. Pasti tiada pengganti dan tiada tandingnya...itu yang aku rasakan. 3 July 2006, Allah mengambil nya...selepas subuh, pagi isnin. Kalau aku katakan aku teramat rindu padanya.....memang tiada penghujung nya.

 Aku mencatat kan rasa hati aku yang sememangnya aku rasa setiap kali aku teringat kan pada Allahyarham Bapaku...Haji Musa Bin Hassan. "Bapak" itu panggilan nya ...amat terkilan kerana di akhir nafasnya aku tidak ada di sampingnya. Hanya panggilan dari kakak ku mengatakan bapak dah tak de....saat itu aku yang baru mandi bersiap untuk balik ke kelang...terasa sangat sakit di dada sehingga terduduk di tepi katil....sakit kerana menahan rasa yang amat sedih. "Dia" begitu sabar menghadapi kehidupannya...semasa membesarkan anak-anaknya seramai 11 orang dan juga menghadapi penyakitnya. Aku teringat...sehari sebelum bapak pergi...aku ada disebelah nya semasa beliau resah kerana menahan rasa sakit ..aku capai tangannya..terasa begitu kuat gengamannya...aku bertanya: "sakit dimana pak". Tangan ku yang digenggam ditujukan ke perutnya..aku mengusap dan memicit-micit perutnya....sambil airmata ku bergenang...didalam hati..aku memohan doa agar sakitnya hilang..agar beliau tidak merasa penderitaan ini. ALLAH sayangkan nya......

Hebatnya bapak ku ini.....aku catatkan disini kerana aku sentiasa ingat kata-katanya dan pesanan-pesanan nya..terutama bila aku mahu mula berniaga sendiri. Lepas bapaku sembahyang asar....aku pergi duduk disebelahnya...aku beritahu aku nak berniaga sendiri...dia hanya memandangku dan tidak berkata apa2...memang bapaku seorang yang tidak banyak bercakap...aku tanya lagi..macamana nak mulakan berniaga...dia suruh aku ambil kertas dan tulis apa yang akan di bacakan...kata nya amalkan...insya Allah...Allah akan memudahkan. Sampai sekarang kertas yang aku tuliskan itu ada bersama.ku ..disimpan dengan baik dan diamalkan..

Masih segar lagi aku rasakan ciuman di dahi dan di pipi bapaku sebelum kain kafan menutup wajahnya. Aku begitu merindui dan begitu mengkaguminya...cuma aku tak mampu membalas segala pengorbanan nya kepada ku..itu yang membuat aku terkilan...kerana disaat aku berjaya dalam menguruskan perniagaan ku...ketika itu dia sudah sakit. Pernah aku tanya apa yang dia mahu aku belikan....dia hanya memandang aku dan tidak berkata apa2..aku faham isyaratnya...untuk apa yang dia mahu dalam keeadaan itu....dan itu yang membuatkan aku terkilan dan sedih.

Dalam doaku pasti ada namanya ku sebut sehingga nyawa ku ada....setiap kali ingatan ini ada padanya..lantas bibirku akan membacakan fatiha untuk nya.....aku mahu belajar sifat sabar yang ada padanya...aku mahu mengikuti rasa tanggungjawab yang ada padanya...aku mahu menjadi "ayah" seperti bapa ku......dan aku akan ceritakan pada AZIM satu hari hari nanti tentang kehebatannya walaupun Azim tidak pernah berjumpa dengan nya. Aku mahu azim mencontohi sifatnya kerana bagi ku...BAPAku seorang yang hebat dan aku mengkaguminya........ALFATIHA untuk bapaku dan terimakasih menjadi seorang bapa untuk ku.....


Sunday, June 6, 2010

Monday, May 24, 2010