Tuesday, April 13, 2010

lemon garden........

thanks to bonda and azim ......sampai ayah balik sakit perut..terlebih2 makan

Thursday, April 8, 2010

SENTUHAN: 40 TAHUN

Apa yang istimewanya kalau sudah berumur 40 tahun....?. setiap manusia yang umurnya panjang melaluinya...ada yang merasakan ketuaan itu bermula...ada pula merasakan kehidupan baru perlu dilaksanakan samada menambah keimanan atau terus dalam kejahilan.

Apa yang aku tahu mengenai umur ini ialah: Muhammad diangkat menjadi rasul Allah. Aku berpendapat kerana umur 40 itu adalah julat kematangan manusia dalam membentuk fikiran dan dapat mengawal perwatakan serta membuat keputusan. Kalau bukan itu kesimpulan nya....aku tertanya mengapa Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul pada umur 40 tahun.....mungkin aku masih lagi cetek ilmu tentang perkara ini.

Dan umur 40 tahun ini juga mengingatkan aku kepada perginya abang sulungku menemui Allah ketika Allahyarham berumur 40 tahun.

Dan hari ini , pada 8 April 2010....aku genap 40 tahun. Harapan dan doa kepada Allah agar dipanjang kan umur serta dipenuhi kerahmatan dalam meneruskan perjalanan hidup. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki serta menambhanya lagi agar aku tidak lupa padaNYA. Ucapan terimaksih dan kesyukuran aku panjatkan pada ALLAH kerana memberi aku kehidupan sampai kesaat ini, dikurniakan seorg isteri yang senantiasa menyanyangi aku dan menganugerahkan azim dalam menceriakan dan mewarnakan kehidupan ini...alhamdulillah.

Monday, April 5, 2010

Thursday, April 1, 2010

azim 1 year..............

dari kiri atas 1 bulan, 2 bulan ..............tengah 1 tahun