thanks to bonda and azim ......sampai ayah balik sakit perut..terlebih2 makan
Tuesday, April 13, 2010
Thursday, April 8, 2010
SENTUHAN: 40 TAHUN
Apa yang istimewanya kalau sudah berumur 40 tahun....?. setiap manusia yang umurnya panjang melaluinya...ada yang merasakan ketuaan itu bermula...ada pula merasakan kehidupan baru perlu dilaksanakan samada menambah keimanan atau terus dalam kejahilan.

Dan umur 40 tahun ini juga mengingatkan aku kepada perginya abang sulungku menemui Allah ketika Allahyarham berumur 40 tahun.
Dan hari ini , pada 8 April 2010....aku genap 40 tahun. Harapan dan doa kepada Allah agar dipanjang kan umur serta dipenuhi kerahmatan dalam meneruskan perjalanan hidup. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki serta menambhanya lagi agar aku tidak lupa padaNYA. Ucapan terimaksih dan kesyukuran aku panjatkan pada ALLAH kerana memberi aku kehidupan sampai kesaat ini, dikurniakan seorg isteri yang senantiasa menyanyangi aku dan menganugerahkan azim dalam menceriakan dan mewarnakan kehidupan ini...alhamdulillah.
Monday, April 5, 2010
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)