Monday, June 7, 2010

sentuhan rasa: teringat...dalam doa

Sambil menarik asap rokok....fikiran aku teringat pada seorang yang hebat dalam hidup aku. Pasti tiada pengganti dan tiada tandingnya...itu yang aku rasakan. 3 July 2006, Allah mengambil nya...selepas subuh, pagi isnin. Kalau aku katakan aku teramat rindu padanya.....memang tiada penghujung nya.

 Aku mencatat kan rasa hati aku yang sememangnya aku rasa setiap kali aku teringat kan pada Allahyarham Bapaku...Haji Musa Bin Hassan. "Bapak" itu panggilan nya ...amat terkilan kerana di akhir nafasnya aku tidak ada di sampingnya. Hanya panggilan dari kakak ku mengatakan bapak dah tak de....saat itu aku yang baru mandi bersiap untuk balik ke kelang...terasa sangat sakit di dada sehingga terduduk di tepi katil....sakit kerana menahan rasa yang amat sedih. "Dia" begitu sabar menghadapi kehidupannya...semasa membesarkan anak-anaknya seramai 11 orang dan juga menghadapi penyakitnya. Aku teringat...sehari sebelum bapak pergi...aku ada disebelah nya semasa beliau resah kerana menahan rasa sakit ..aku capai tangannya..terasa begitu kuat gengamannya...aku bertanya: "sakit dimana pak". Tangan ku yang digenggam ditujukan ke perutnya..aku mengusap dan memicit-micit perutnya....sambil airmata ku bergenang...didalam hati..aku memohan doa agar sakitnya hilang..agar beliau tidak merasa penderitaan ini. ALLAH sayangkan nya......

Hebatnya bapak ku ini.....aku catatkan disini kerana aku sentiasa ingat kata-katanya dan pesanan-pesanan nya..terutama bila aku mahu mula berniaga sendiri. Lepas bapaku sembahyang asar....aku pergi duduk disebelahnya...aku beritahu aku nak berniaga sendiri...dia hanya memandangku dan tidak berkata apa2...memang bapaku seorang yang tidak banyak bercakap...aku tanya lagi..macamana nak mulakan berniaga...dia suruh aku ambil kertas dan tulis apa yang akan di bacakan...kata nya amalkan...insya Allah...Allah akan memudahkan. Sampai sekarang kertas yang aku tuliskan itu ada bersama.ku ..disimpan dengan baik dan diamalkan..

Masih segar lagi aku rasakan ciuman di dahi dan di pipi bapaku sebelum kain kafan menutup wajahnya. Aku begitu merindui dan begitu mengkaguminya...cuma aku tak mampu membalas segala pengorbanan nya kepada ku..itu yang membuat aku terkilan...kerana disaat aku berjaya dalam menguruskan perniagaan ku...ketika itu dia sudah sakit. Pernah aku tanya apa yang dia mahu aku belikan....dia hanya memandang aku dan tidak berkata apa2..aku faham isyaratnya...untuk apa yang dia mahu dalam keeadaan itu....dan itu yang membuatkan aku terkilan dan sedih.

Dalam doaku pasti ada namanya ku sebut sehingga nyawa ku ada....setiap kali ingatan ini ada padanya..lantas bibirku akan membacakan fatiha untuk nya.....aku mahu belajar sifat sabar yang ada padanya...aku mahu mengikuti rasa tanggungjawab yang ada padanya...aku mahu menjadi "ayah" seperti bapa ku......dan aku akan ceritakan pada AZIM satu hari hari nanti tentang kehebatannya walaupun Azim tidak pernah berjumpa dengan nya. Aku mahu azim mencontohi sifatnya kerana bagi ku...BAPAku seorang yang hebat dan aku mengkaguminya........ALFATIHA untuk bapaku dan terimakasih menjadi seorang bapa untuk ku.....


Sunday, June 6, 2010