Monday, May 10, 2010

sentuhan: HARI IBU (KHAS BUAT BONDA KU & JUA ISTERIKU)

"Selamat Hari Ibu" atau kirim kan saja sms utntuk ucapan itu kepada bonda tercinta......."sekurang2nya" menghargai hari itu untuk manusia istimewa ini.......cukupkah bagi menilai keringat dan lelah yg di perah untuk mendidik kita hingga ke saat  ini.
Aku percaya....semua anak akan merasa bahawa tiada balasan yang setimpal untuk menebus segala keringat dan lelah itu..kecuali si "Tenggang" yang lupa, alpa, atau kerana kakayaan dan kesombangan yang menguasai diri.
Aku begitu mengagumi ibuku kerana mendidik anaknya seramai 11 org...dan hingga kesaat ini masih lagi bisa mendengar dan menerima segala keluhan anaknya walaupun di usia senja ini memerlukan masa yang ada beristirehat dan mengecapi kehidupan yang dahulunya dihabiskan untuk mendidik dan menjaga anak-anaknya. hati seorang ibu.....begitu murni...mengasihi anaknya walaupun apa pun yang terjadi kepada anaknya, anak baginya adalah permata hatinya. Dan aku selalu mendengar...seorng ibu mampu menjaga anaknya yang ramai...tetapi belum tentu anak yang ramai dapat menjaga seorang ibu..............
Apa pun.....azam ku...membahagiakan ibuku adalah rencana utama hidup aku. Keberkatan dari seorang ibu mengundang barakah dari ALLAH dalam menempuh perjalanan hidup ini. pastinya setiap waktu ..doaku pasti untuk ibuku...agar ALLAH sentiasa menjaga dan sentiasa memberi kesihatan yang baik, panjang umurnya...agar aku sentiasa dapat menatap wajahnya yang sentiasa menguntum kasih sayang......tiada batasnya. Mampukah anak2 ini membalas jasa seorang ibu.......doa anak2 amat perlu untuk orang tuanya...anak2 yang soleh...Kepada ibuku: BONDA HASNAH BT MOHAMMAD...selamat hari ibu...ratu hati ku.
.............kepada bonda azim........pastinya menjadi seorang ibu itu amat  mencabar dan yakinlah satu hari nanti....cabaran itu akan membuat bonda rasa puas dan terbalas bila azim berjaya dididik kesempurnaanya dan sentiasa menghargainya...selamat hari ibu untuk bonda azim...isteriku.

There is no blessing
quite so dear...
as a mom like you
to love year after year.





No comments:

Post a Comment