Tuesday, March 9, 2010

sentuhan rasa: cerita umar

singgah kedai buku..cari buku utk azim...tetiba ternampak satu buku kisah seorng khalifah dizaman muawiyah... baca ringkasan..menarik..terus beli....Balik rumah terus baca dan melekat sampai ke subuh...disulami rengutan azim dan suara bonda memujuk di pagi hari...keseronokan ceritanya hingga lupa masa yang berlalu...
Bila habis baca...terpegun....Umar Abdul Aziz cicit kepada Umur Al Khatab..sehingga ada ulamak mengiktiraf sabagai Khalifah Al Rasyidin yg ke-5.....aku akui. Terfikir aku..siapa yg mampu mencontohi Khalifah ini di zaman ini..meletakkan segala2 nya untuk penciptanya...amanah dijaga..peribadi, sifat kemanusian, keadilan..malahan membatasi kepentingan sendiri dan keluarga. Satu2 nya empayar didunia yang zakat nya tiada org yang layak untuk diberi dizamannya...Hanya memerintah selama 2 tahun...begitu hebat perubahan yg dilakukan....diluar jangkaan...dibandingkan dizaman ini yg memerintah selama berpuluh tahun...nescaya tiada dapat di bandingkan....ini semua kerana iman........
Sejarah menceritakan kebanyakan manusia yg mulia ini mati dibunuh, diracun oleh manusia seagama..kerana kepentingan mereka tergugat..bukan kerana kepentingan Penciptanya...Umar Abdul Aziz mati diracun...Mangkatnya beliau diziarahi oleh para syuhada dari syurga..bercahaya wajahnya tidak seperti kahlifah yang sebelumnya...apa harta yg ditinggalkan oleh khalifah yang mempunyai empayar 1/3 dunia ini....15 dinar, 11 org anak......5 dinar digunakan utk pengkebumian.....10 dinar dibahagi kepada  11 org anaknya...aku begitu kagum akan kehidupannya....mampukah aku mencontohi nya......

.......Umar mangkat ketika umurnya 40thn....aku, lg beberapa bulan lg baru mencecah 40. Apa yang telah aku capai selama 40thn....? kehidupan? kekayaan? keimanan..? jauh bezanya...amat jauh...dan berapa lama lagi yg diberi untuk terus menapak...? Renungan itu jauh, menembusi kedaifan akal fikiran...terlalu alpa..........
Melihat azim yang hari ini baru berumur 22bulan..rasa nya banyak lagi yang perlu dilakukan...mendidik..dan mengajar agar menjadi sempurna....mungkin boleh diasuh seperti Umar...moga2 menjadi kenyataan impian ini..amin Ya rabbi al amin.....


No comments:

Post a Comment