Thursday, March 4, 2010

sentuhan rasa: mencari titik......

jumpa kawan lama semalam......pekena teh dengan kuih karipap. Bersembang berkisar kawan2 sama belajar dulu dan meng"justify" umur yg akan mencecah 40. Menarik..sekali sekala bercerita kisah2 lama...barangkali 20 thn yg dulu tidak dijangka apa yg dicapai sekarang.

bila bercerita tentang anak...aku tahu kawan ini kehilangan anak yg bongsu setahun dahulu. Dalam ceritanya ada kesedihan..malahan rindu...aku dapat rasakan. Begitu mudah Allah mengambilnya...hari ini sakit..bawa kehospital...2 hari kemudian pergi menemui penciptanya. Dia mengambarkan kepada aku bagaimana anaknya dimandikan, dikafankan, di dokong kepusara...hingga meletakkannya di liang lahad. Terlihat genangan airmata di sudat matanya....aku hanya menepuk bahunya..."ALLAH sayangkan dia...tempatnya sudah terjamin di syurga..malahan dia menunggu kau"...dia menjawab "itu terbaik untuknya". Aku mendapat pengalaman dari seorg kawan...untuk menghadapinya....pasti aku tiada kemampuan......

Cerita ini mengingatkan aku 12 tahun dahulu...waktunya sangat pagi..aku menerima panggilan dari kakak mengkhabarkan tentang kematian abg sulungku di somalia. Tanpa berita sakit..tiba2 diberitahu sudah meninggal. Aku dapat rasakan perasaan itu. Pulang ke rumah mak..aku melihat bapa kelihatan tenang. Seperti kawan ku juga...tapi dia kehilangan anak sulungnya..dan bila bapa melihat gambar2 lama abgku semasa kecil...disitu aku melihat airmatanya mengalir...6 tahun kemudian bapa menyusul kepergian abg sulungku...dan ketika itu aku seorg anak kehilang seorg bapa.....dan aku memahaminya...redha kpa ALLAH.

Itulah "titik" untuk segala kehidupan. Kita tidak tahu org disekeliling kita akan pergi...org yg kita kasihi. Aku mohan pada ALLAH...sekiranya "titk" itu sudah sampai buat ku...biarlah aku sempat melihat azim mendirikan mahligai hidupnya....itu juga kepuasan utk setiap org bernama ayah....melihat anaknya bahagia. Aku hanya mampu memohon pada MU...........amin.

No comments:

Post a Comment